Penjaga zoo
Penjaga zoo

Penjaga zoo

Penjaga zoo juga disebut sebagai pengembala haiwan di zoo ialah karier pekerjaan bagi seseorang yang bertanggungjawab memastikan pengurusan dan kemandirian sesuatu haiwan di zoo terbela. Individu bertanggungjwab memastikan haiwan dalam kurungan sentiasa sihat dan sesuai untuk ditayangkan kepada pengunjung atau pelawat.[1] Antara tugas penting lain yang dilakukan oleh penjaga atau pengembala haiwan di zoo termasuklah memberi makan haiwan, menjaga kebajikan haiwan dan melaporkan kepada doktor veterinar sekiranya haiwan di bawah jagaan mengalami kesakitan atau masalah kesihatan yang lain. Pengembala juga harus memiliki keupayaan menerangkan fakta menarik kepada pengunjung mengenai haiwan, menjalankan lawatan pendidikan dalam zoo dan mampu membantu dalam menjalankan kajian saintifik bersama para akademik.